Selamat Datang,Ahlan Wa Sahlan,Welcome,Alu-alukan,환영,Bienvenue..
Kekuatan raga itu tidak sebanding dengan kekuatan azam, tekad dan semangat.
Jika raga ini bisa kelelahan, namun azam, tekad dan semangat ini tidak boleh mundur walaupun untuk sesaat.
Faidza 'azamta fatawakkal 'alallah.
.Bismillah.
Jika raga ini bisa kelelahan, namun azam, tekad dan semangat ini tidak boleh mundur walaupun untuk sesaat.
Faidza 'azamta fatawakkal 'alallah.
.Bismillah.
Jumat, 26 April 2013
KEINDAHAN DIMATA ALLAH & MANUSIA
Bismiallah
Assalamu'alaikum..
“ Menikah adalah
keindahan, kecuali yang menganggapnya sebagai beban. Rumah tangga adalah
kemuliaan., kecuali bagi yang memandangnya sebagai rutinitas tak bermakna.
Menikah, dakwah dan jihad adalah seiring sejalan. Kecuali bagi orang-orang yang
tak terkacaukan logika dan nalarnya. Menikah adalah bagian dari dua hal ini,
kecuali bagi yang memandangnya buah yang dipetik atau rehat yang diambil
setelah lama menjadi aktivis bujang” (Salim
A.Fillah)
Pernikahan adalah sebuah tarbiyah panjang yang membuat kita untuk
selalu terus berbenah agar bisa menghadirkan indahnya Jannah (Syurga) dalam
tiap detik yang berlalu dalam keluarga kecil kita..
Rabu, 03 April 2013
MITSAQON GHALIZA (Perjanjian Yang Berat)
Bismillah
Assalamu'alaikum Warohmatullah..
Mitsaqan Ghaliza mengandung arti Perjanjian yang Kokoh, yang sangat berat..
didalam Al-Qur'an kata Mitsaqan Ghaliza hanya disebutkan 3 kali saja :
Mitsaqan Ghaliza mengandung arti Perjanjian yang Kokoh, yang sangat berat..
didalam Al-Qur'an kata Mitsaqan Ghaliza hanya disebutkan 3 kali saja :
1. Allah swt membuat perjanjian dengan Nabi Nuh, Musa , Ibrahim dan Isa as (Al-Ahzab :7)
2. Allah mengangkat bukti Thurdiatas kepala bani Israil dan menyuruh mereka bersumpah setia pada Allah swt (An-Nisa : 154)
3. Allah menyatakan Hubungan Pernikahan (An-Nisa : 21)
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ
أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً
وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“
Menikah adalah keindahan, kecuali yang menganggapnya sebagai beban.
Rumah tangga adalah kemuliaan., kecuali bagi yang memandangnya sebagai
rutinitas tak bermakna. Menikah, dakwah dan jihad adalah seiring
sejalan. Kecuali bagi orang-orang yang tak terkacaukan logika dan
nalarnya. Menikah adalah bagian dari dua hal ini, kecuali bagi yang
memandangnya buah yang dipetik atau rehat yang diambil setelah lama
menjadi aktivis bujang” (Salim A.Fillah)
“Ruh-ruh itu ibarat
prajurit-prajurit yang dibaris-bariskan. Yang saling mengenal diantara
mereka pasti akan saling melembut dan menyatu. Yang tidak saling
mengenal diantara mereka pasti akan saling berbeda dan berpisah.”
(HR Al Bukhari [3336] secara mu’allaq dari ’Aisyah, dan Muslim [2638], dari Abu Hurairah)
Ruh itu seperti tentara. Ada
sandi di antara mereka. Jika sandi telah dikenali, tak perlu banyak
lagi yang diketahui. Cukup itu saja. Mereka akan bersepakat. Mereka
adalah sekawan dan sepihak. Mereka akan bergerak untuk satu tujuan yang
diyakini. Jadi apakah yang menjadi sandi di antara para ruh? Iman. Tentu
saja. Kadar-kadarnya akan menerbitkan gelombang dalam frekuensi yang
sama. Jika tak serupa, jika sandinya tak diterima, ia telah berbeda dan
sejak awal tak hendak menyatu. (Ustaz, Salim A. Fillah)
Pernikahan adalah
sebuah tarbiyah panjang yang membuat kita untuk selalu terus berbenah
agar bisa menghadirkan indahnya Jannah (Syurga) dalam tiap detik yang
berlalu dalam keluarga kecil kita..
MITSAAQON GHALIZA dihadapan Rabb ini akan menjadi tarbiyah panjang hingga hari pertanggungjawaban nanti. mohon doanya..
Senin, 01 April 2013
BERCADAR ATAU TIDAK BERCADAR ???
Bismillah
Assalamu'alaikum Warohmatullah.
Mana Lebih Utama, Berniqab atau Tidak?
Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian yang baik. Ianya istimewa. Tidak memakai niqab atau purdah juga suatu pakaian yang baik. Ia juga istimewa. Selagi
kedua-duanya menutup aurat dan dipakai dengan rasa taqwa, pilihan
untuk memakai atau tidak memakainya adalah suatu pilihan yang baik.
Kedua-dua pilihan ini patut dimuliakan sebagai muslimah.
Mana yang patut dipilih? Pakai niqab atau tidak?
Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada cabaran fitnah individu,
tuntutan budaya, tempat, tuntutan hidup, tuntutan zaman, kemajuan segala
bidang kehidupan, tingkat pendidikan wanita yang tinggi dan merata
pada hampir semua wanita, perubahan umum dari diam kepada bergerak, dari
duduk rumah kepada berkerja dalam pelbagai bidang, maka hukum boleh
berubah sesuai dengan perubahan penyebabnya. Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama dipilih, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama dipilih.
Niqab
menjadi utama dipilih oleh wanita cantik yang dekat dengan suasana
fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta
perlekehan orang terhadapnya. (Khususnya dalam sebuah masyarakat yang
memang membudayakan niqab). Tidak berniqab pula menjadi utama dipilih
oleh wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini.
Siapa
yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang
lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh
keutamannya yang tersendiri. Sama-samalah menghormati sebuah pilihan.
Kedua-duanya istimewa dan patut dimuliakan. Orang yang lebih bertaqwa
itu pastinya lebih baik di sisi Allah SWT.
Antara 3 Kelompok :
Dr.
Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya berjudul Wanita Dalam Fiqih
Al-Qaradhawi menulis, ada 3 kelompok besar yang berbicara tentang
pakaian wanita iaitu:
1. Kelompok yang inginkan kebebasan mutlak bagi wanita dalam berpakaian.
2. Kelompok yang inginkan penutupan mutlak bagi wanita dalam berpakaian termasuk menutup muka dan tapak tangan.
3. Kelompok
pertengahan yang menganggap Islam tidak mewajibkan model pakaian
tertentu atau warna tertentu bagi pakaian wanita. Adapun model dan
warna pakaian serta baju luar yang ada di sejumlah negara merupakan
tradisi (adat) yang berlaku di sesuatu negara dan ini tentu berbeza
dengan tradisi yang berlaku di negara lain. Apapun, Islam menetapkan
sejumlah batasan dan sifat tertentu pada pakaian wanita Muslimah yang
mesti dikenakan ketika keluar rumah. (Mustafa At-Thahan, hal.167).
Bolehnya Menampakkan Wajah
Boleh
atau tidak boleh menampakkan wajah adalah soal khilaf. Apabila
dinamakan khilaf, kedua-dua kelompok mempunyai hujah tersendiri yang
wajar dihormati. Bagi meringkaskan perbincangan agar tidak memberatkan
pembaca, berikut dinyatakan hujah kelompok yang membolehkan menampakkan
wajah yang menjadi pilihan penulis. Pembaca berhak mempunyai pilihan
yang berbeza daripada penulis selagi mana pilihan itu berdasarkan hujah.
Syeikh
Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang
pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan
ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya
membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan
lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.”
Pendapat
ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para
sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal
sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman
keemasan umat ini. Terlalu banyak hujah yang dikemukakan oleh Al-Qaradhawi berkaitan hal ini. Antaranya ialah:
Dalil 1
Tafsiran majoriti para sahabat terhadap surah an-Nur ayat 31,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Mereka
mengecualikan muka dan tapak tangan. Antara mereka yang berpandangan
demikan ialah Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Aisyah, Said bin Jubair,
Atha’, Qatadah, Musawwir bin Makhramah, Ibnu Juraij dan lain-lain. Imam
At-Tabari, Ar-Razi, Baidhawi dan lain-lain menyokong pendapat Ibnu
Abbas dan lain-lain.
Dalil 2
Diriwayatkan
oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah
mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan
mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW
berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang
wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada
(tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada
wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh
pelbagai hadis sahih lainnya.
Al-Bani menilai hadis ini hasan dalam kitabnya, Hijab al-Mar’ah al-Muslimah, meskipun
statusnya mursal dan perawinya dhaif. Ini kerana ada hadis penguat
(hadis syahid) dari riwayat Asma’ binti Umais. Riwayat penguat lain
ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita
tidak berniqab.
Dalil 3
Pada waktu-waktu tertentu (bukan semua waktu), mengenakan penutup wajah dipandang aneh dan menimbulkan tanda tanya.
Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Qais bin Syimas r.a. berkata,
“Seorang wanita (yang dikenal sebagai Ummu Khalad) datang menemui
Rasulullah. Dia datang dengan wajah tertutup. Dia bertanya perihal
anaknya yang terbunuh. Beberapa orang sahabat berkata kepadanya,
“Saudari datang untuk bertanya dengan wajah tertutup?”
Ummu Khalad berkata,
“Walau anak saya terbunuh, tapi tidak dengan rasa malu saya.”
Jika
memang penutup muka pada zaman itu sudah mentradisi lalu apa alasan
perawi berkata sesuatu yang menunjukkan mereka hairan dengan penampilan
Ummu Khalad. Jawapan Ummu Khalad menunjukkan alasannya menutup wajah
adalah kerana rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul. Kalau
memang penutup wajah wajib secara syariat, tentu dia tak akan
menjawab demikian dan sahabat tidak bertanya demikian, seakan bertanya,“Kenapa kamu solat?”
Dalil 4
Al-Baihaqi
meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Aisyah, Rasulullah melarang wanita
dalam ihram mengenakan penutup wajah. (HR Bukhari).
Jika
wajah dan tapak tangan memang aurat, kenapa Rasulullah melarang
menutupnya? Padahal, apa-apa yang dilarang ketika ihram seperti
menggunakan pakaian berjahit,berburu dan memakai wangian pada asalnya
boleh. Bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika ihram (membuka
wajah), pada asalnya adalah haram pula?
Ulama
sepakat bolehnya wanita membuka wajah ketika solat dan haji. Apakah
mungkin syariat membenarkan terbukanya aurat ketika haji dan solat?
Dalil 5
Perintah
kepada lelaki menundukkan pandangan dalam Surah an-Nur, ayat 30 dan
dalam banyak hadis. Jika semua wanita menutup wajah, apa maknanya
perintah ini?
Dalil 6
Perintah Allah dalam surah An-Nur, ayat 31, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya,”
tentang menutup dada, bukan menutup wajah. Jika menutup wajah itu
wajib,tentu Al-Quran mengatakannya dengan jelas sejelas ayat perintah
menutup dada ini.
Dalil 7
Dalam
Surah al-Ahzab, ayat 52, “meskipun kecantikannya menarik hatimu…”.
Bagaimana mengetahui kecantikan seorang wanita jika wajahnya wajib
ditutup?
Dalil 8
Satu
kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang mewajibkan niqab ialah
wanita pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup wajah, melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Apabila Lelaki Memandang Dengan Syahwat
As-Shawi
berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya
dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah
menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini
dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita
cantik atau tidak.
Namun,
kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin
memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik
sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu
sedang memandangnya dengan nafsu?
Terdapat
hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada
memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas
bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik)
itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki
melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali
pandangan pertama yang tidak disengaja.
Sebahagian
ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat
tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita
ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi
memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.
Membuka Wajah Suatu Keperluan dalam Komunikasi Berkesan
Wanita
dan lelaki harus berkomunikasi dalam muamalat atau urusan-urusan hidup
seperti berjual beli, kesaksian, wakil-mewakilkan dan sebagainya.
Ulama fikih sependapat wanita hendaklah membuka wajah ketika memberi
keterangan di hadapan hakim, sehingga hakim,saksi dan lawan bicara mampu
mengenalnya dan anak siapakah dia.
Fiqh Dakwah: Menjaga Dakwah Lebih Utama
Di
antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh
berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang
telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan
kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan
wanita untuk membentuk keperibadiannya.”
“Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah.
Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya
sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan
dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”
Jangan Bergaduh Soal Niqab
Dr.
Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari
yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang
wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat
majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
“Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang
mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para
muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di
lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”
Pada Kesulitan Ada Kemudahan
Mewajibkan
wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan. Allah
memberi keringanan dalam setiap kesulitan. Allah SWT berfirman,”Dia
tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).
Rasulullah bersabda, “Saya diutus dengan kelapangan dan toleransi
beragama.” Hingga ulama kita memberi kaedah, kesulitan mendatangkan
kemudahan.
Rasulullah memerintahkan kita mempermudah urusan bukan menyulitkan, memberi berita gembira bukan menakutkan.
Yang berniqab teruskan
berniqab.
Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab.
Masing-masing ada peranan.
Masing-masing mengikut contoh para sahabiah.
Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat.
Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela,
tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik,
tidak berpecah belah dan saling bersatu.
Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.
Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab.
Masing-masing ada peranan.
Masing-masing mengikut contoh para sahabiah.
Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat.
Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela,
tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik,
tidak berpecah belah dan saling bersatu.
Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.
Wallahualam bissawab....
SUMBER : http://sebarkanbahagia.blogspot.com - Ustadzah Fatimah Syarha
Langganan:
Postingan (Atom)