Selamat Datang,Ahlan Wa Sahlan,Welcome,Alu-alukan,환영,Bienvenue..

Kekuatan raga itu tidak sebanding dengan kekuatan azam, tekad dan semangat.
Jika raga ini bisa kelelahan, namun azam, tekad dan semangat ini tidak boleh mundur walaupun untuk sesaat.
Faidza 'azamta fatawakkal 'alallah.
.Bismillah.


Jumat, 13 Januari 2012

BAPAK...RINDU..RINDU...RINDU

Ya Rabb... 12 Januari 2012, aku panjatkan fully syukur kepadaMu. 
saya merasa dalam menjalani hari kemarin, nampak enjoy, bersuka hati, tak rasa penat sama sekali.
saya merasakan bahawa ada satu titik kehampaan dalam qolbu ini yang dirasa terpenuhi...

kemarin adalah hari millad ayahandaku tercinta..
setelah saya ucapkan happy millad serta diiringi beberapa panjatan do'a untuk beliau, saya merasa gembira dan wajah beserta kerutan-kerutan wajahnya yg seakan berbicara tentang erti sebuah perjuangan hidup, hadir didepan wajahku... Bapaaakkkk... semoga bapak menjadi Pangeran bagi Mama disyurgaNya kelak.

lama tak ada balasan dari bapak, saya pun terus pergi kekampus (Pusat Kaunseling) untuk melanjutkan kerja checking journal article pelajar master counseling Melaka.  di tengah tension-tension dan bentuk raut wajah keseriusan saya dan teman-teman lain yang tengah memeriksa article pelajar memenuhi ruangan Mesyuarat (meeting) Pusat Kaunseling itu, tiba-tiba saya dikejutkan oleh suara dering phone yang dengan segera langsung saya deteksi, itu nada panggilan SMS saya. sepersekian detik pula saya ambil phone tersebut, dan tiba-tiba saya tengok ada balasan dari Bapak saya tercinta. setelah membuka isi pesan, terkejutnya saya, bapak mengucapkan terima kasih disertai dengan embel-embel yang selama 22 tahun ini belum prnah beliau ucapkan itu secara langusng mahupun hanya melalui SMS pada saya (embel-embelnya rahasia keluarga^^)..

Subhanallah saya rasa ada sesuatu yang ingin segera mengalir dipelupuk kedua mata ini, dengan mengalahi kecepatan cahaya saya memohon izin pada teman-teman yang sedang serius memeriksa journal, saya mohon izin untuk ke toilet. setelah keluar bilik tersebut dah tak tahan menahan air mata yg hendak keluar, sambil dalam perjalanan menuju toilet saya menutup wajah saya dengan jilbab yang saya kenakan. sampai disana saya pastikan tak ada yg akan menggangu saya melepas kerinduan dan keharuan pada bapak saya... benar2 suatu keharuan yang luar biasa.
doa yang saya berikan ketika kirimkan pesan happy millad untuk bapak tak ada bandingannya dengan "embel-embel" serta do'a-do'a yang bagiku ini berlebihan (ya...karena saya tak pernah merima secara langsung do'a ini dari beliau). saya tahu bahawa Bapak pasti selalu sebutkan do'a ini dalam setiap panjatan do'anya selepas Sholat. namun kini, sejak jauh dari Bapak, terlebih ini sangat jauh berbeda negara, saya selalu terbayangkan wajah lelaki tertampan yang pernah saya kenali secara mendalam..ya Itulah Bapak.

Bapak adalah sosok yang sangat serius, didepan isteri dan anak-anaknya, beliau tak pernah sedikitpun terlihat lemah, menangis, dan mengeluh. dari sifat beliau itulah saya banyak belajar dan secara tak langsung membentuk diri saya menjadi pribadi yang kuat, yang selalu mahu berusaha menjadi yg terbaik dan memiliki semangat serta mimpi yang tinggi... itu karena lelaki tampan tadi. ^_^.

rasanya hari itu merupakan hari paling berbahagia untukku, dan saya yakin pasti merupakan hari berbahagia untuk bapak juga. setelah puas mengisakkan diri dan menghapus air mata, saya balas SMS dari Bapak, dengan ucapakan terima kasih yang teramat sangat atas "embel-embel" dan doa-doa yang beliau panjatkan padaku. teruslah saya berbalas-balasan SMS yang cukup lama dengan Bapak.  namun saya akui memang bapak adalah sosok yang sangat lucu bagi kami-keluarganya. ditengah sikap "dingin"nya, beliau sering menyelipkan kata-kata yang membuat kami (ade-ade dan mama) tergelitik kadang juga sampai mau pecah perut tertawa akibat ulah dan perkataan ceplas-ceplos bapak dirumah. :D

setelah doa'doa yg dikirimkan beliau pada saya, beliau pula selipkan kata-kata 
"makasih nak buat doanya .................................(bla...Bla...Bla..). Sepatu Jhonson No.39 jgn lupa! kalau ada uang!!!!"

hehehe... Bapaaaaaaaaaaakkkkk..... asli Ka Ibah Rindu sangaaatttt dengan bapak!!!!
saya ingin segera pulang...
tapi sebelumnya saya mahu carikan sepatu yg dimaksud dulu sebelum pulang...

so, intinya, kalau ada yg tahu, apakah ada sepatu lelaki merk JHONSON, bagitahu saya ya..
sebab bapak inginkan sangat sepatu itu.. hehe..
tapi lebih dari itu, cinta, sayang dan Rindu yang sudah saya kumpulkan selama lebih kurang 4 bulan disini, ingin segera saya curahkan pada Bapak... dan pada keluarga lain yang saya sayangi.

"Robbigfirli waliwalidayya warhamhuma kamaa rabbayanii shaghiroo.."

Dedicated for :
Bapak tersayang
12 Januari 1958

Johor Bahru, 13 Januari 2012
11:06 AM (waktu malaysia)





Selasa, 03 Januari 2012

BULLYING PADA PELAJAR SEKOLAH: ANCAMAN KEHIDUPAN MASA HADAPAN (MALAYU VERSION)


Free Bullying Zone
 Pendidikan merupakan kunci Kemajuan bangsa. Objektif pendidikan iaitu mencerdaskan kehidupan bangsa merupakan sebuah tanggungjawab yang harus diemban oleh semua komponen dalam dunia pendidikan. Komponen-komponen dalam pendidikan seperti guru, Siswa, dan kakitangan sekolah lain idealnya haruslah memiliki cara Pandang atau visi dan misi yang sejalan dengan tujuan pendidikan secara umum tersebut.Namun begitu, saat ini, banyak laporan-laporan surat khabar yang memberitakan bahwa ramai Caklempong-Malim sekolah dasar sehingga menengah yang terlibat dalam kasus-kasus Keganasan, terlebih Keganasan terhadap rakan sebaya seperti premanisme, pemalakan, Ancaman, pencurian, pencemaran nama baik, sehinggabehujung pada Keganasan-Keganasan fizikal. Fenomena seperti ini, dalam dunia pendidikan dan psikologis disebut sebagai Buli.
Bullying "adalah sebuah kata Inggeris bererti bentak, dan dalam erti lebih meluas termasuk ancam, ejek, hina dan pukul. Perilaku bullying itu tertanam bagi pelbagai pelajar sekolah dan dilampiaskan terhadap pelajar-pelajar di sekolah yang sama. Bullying merupakan sikap agresif dari individu ataupun kumpulan dengan tujuan untuk mengganggu serta menyakiti orang lain baik secara fizikal mahupun psikologi. bullying biasanya berlaku secara berterusan dalam jangka masa yang agak lama, sehingga mangsanya terus-menerus berada dalam keadaan cemas dan terintimidasi.
Menurut Edi Purwanto (2010) bullying adalah suatu tindakan negatif yang dijalankan secara berulang-ulang di mana tindakan itu sengaja dilakukan dengan tujuan untuk mencederakan dan membuat seseorang berasa tidak selesa. Umumnya ibu bapa, guru dan komuniti mengganggap fenomena bullying pada anak / pelajar di sekolah adalah perkara biasa dan baru meresponnya jika hal itu telah membuat mangsa terluka hingga memerlukan bantuan perubatan dalam hal bullying fizikal. sementara bullying sosial, verbal dan elektronik masih belum dilayan dengan baik. Hal ini disebabkan karena kurangnya pemahaman akan kesan buruk daripada bullying terhadap perkembangan dan pencapaian kanak-kanak di sekolah dan ketiadaan atau belum dikembangkannya mekanisma anti bullying di sekolah kita. Selain daripada itu anak-anak juga masih jarang dibekalkan pemahaman yang tepat tentang bullying dan kesannya.
Tingkah laku buli atau perbuatan buli boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu bentuk fizikal dan bentuk psikologi. Menurut Olweus (1993b) terdapat tiga jenis tingkah laku buli iaitu fizikal, verbal dan tingkah laku antisosial. Tingkah laku buli fizikal adalah seperti memukul, menarik rambut, meludah, menchakar dan menendang. Tingkah laku buli verbal ialah seperti mengejek, menghina dan mengusik. Tingkah laku buli yang berkaitan dengan tingkah laku anti sosial ialah memulau, mengata, fitnah dan merosakkan harta benda. Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk verbal juga merupakan tingkah laku buli berbentuk psikologi. Tingkah laku buli dalam bentuk antisosial juga boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti merosakan harta benda atau dalam bentuk psikologi seperti pemulauan dan fitnah. Namun di tengah maraknya perkembangan teknologi maklumat masa ini, media perilaku buli merebak hingga dunia maya yang dikenali sebagai "Cyber ​​Bullying" di mana kes-kes yang didapati bahawa banyak remaja usia pelajar sekolah yang secara sengaja mengejek kawan mereka ataupun guru mereka melalui facebook, twitter, texting , mobile phone dan media cyber lain.
Miris lihatnya :(
Anak yang menjadi mangsa bullying akan menderita secara fizikal, tertekan, tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik di sekolah atau bahkan menarik diri dari lingkungan sosialnya. Anak korban bullying juga akan mencari pelampiasan yang bersifat negatif seperti merokok, mengonsumsi alkohol atau bahkan dadah. Kerana stress yang berterusan, mangsa bullying boleh terganggu kesihatannya. Bahkan dalam situasi yang sangat ekstrim seorang korban bullying sosial boleh melakukan tindakan bunuh diri. Pelaku bullying akan beranggapan bahawa penyelesaian masalah dengan cara-cara kekerasan atau menakutkan orang lain adalah cara yang harus ditempuh dalam memenuhi keinginannya. Hal ini menggalakkan sifat premanisme yang akan terbawa hingga dewasa. Sehingga tanpa sedar kita telah menjadikan sekolah kita sebagai tempat latihan bagi calon-calon preman yang nantinya akan menjadi profesi mereka apabila dewasa nanti.
Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, masalah buli merupakan satu masalah yang sering berlaku di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada hari ini. Sepanjang tahun 2004 terdapat 1600 orang pelajar terlibat dalam gejala buli (Utusan Malaysia, 9 Julai 2005). Kebanyakan kes-kes jenayah tersebut bermula daripada tingkah laku buli. Pelajar yang bertingkah laku agresif buli cenderung untuk membentuk tingkah laku agresif ganas apabila dewasa kelak. Kes yang sama pula terjadi di Indonesia, seorang pelajar sekolah rendah memukuli rakannya sehingga mati dan dilaporkan kepada polis disebabkan menonton rancangan smackdown dan cuba mempraktikkannya pada orang lain.
Namun, sebenarnya kes ini bukan hanya berlaku secara meluas di Negara kita sahaja, perilaku bullying di Amerika Syarikat menjadi problem non-akademik nombor satu bagi para guru, ahli pendidikan, ibu bapa, dan komuniti, Begitu juga dengan kondisi Negara-negara lain, yang serupa. Di Amerika Syarikat, terdata 10 peratus pelaku bully, pada akhirnya akan menjadi pelaku kriminalis. Oleh kerana itu, kes buli ini seharusnya telah diangkat menjadi issue central dunia dalam menghadapi degradasi moral generasi muda yang terus terhakis sehingganya sekiranya anggapan ini tidak diambil perhatian maka generasi muda yang menjadi "tongkat estafet" kepemimpinan bangsa, keluarga dan diri mereka sendiri akan musnah sia -sia, dan ini menjadi ancaman masa hadapan dalam proses keberlangsungan kehidupan manusia di dunia.

Writen By : Mishbahul Jannah
tarikh : 3 Januari 2012

Rujukan :

Azizi Hj.Yahaya, Yusofboon, Syahrin Hasyim et al. 2008. indeks perlakuan buli di kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah dan rendah di Malaysia (bully action index among students in secondary and primary school in malaysia). Kertas Kerja Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Bakri, Isweni Ishak. ___. Perilaku Bullying, problem besar di AS. Dari www.bakri.blogspot.com diakses pada 2 Januari 2012.

Widiharto, Christoporus A., et al. ___. Perilaku Bullying ditinjau dari Harga Diri dan Pemahaman Moral Anak. Kertas Keja Penelitian. Semarang,Indonesia.