Selamat Datang,Ahlan Wa Sahlan,Welcome,Alu-alukan,환영,Bienvenue..

Kekuatan raga itu tidak sebanding dengan kekuatan azam, tekad dan semangat.
Jika raga ini bisa kelelahan, namun azam, tekad dan semangat ini tidak boleh mundur walaupun untuk sesaat.
Faidza 'azamta fatawakkal 'alallah.
.Bismillah.


Jumat, 11 Mei 2012

PABILA WANITA KELUAR BERMUSAFIR

Bismillah
Assalamu'alaikum Warahmatullah.


Friday, 3 May 2012
12.30 pm (waktu Johor)
Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, UTM

Juma'ah Fil Barokah, Insha Allah...
Alhamdulillah hari ini seperti biasa setiap hri jum'at, Persatuan Pelajar Islam UTM- akhwat mengadakan agenda rutinnya yang diberi nama " Mutiara Sikandi ". disini selalunya dibahas mengenai segala hal berkenaan dengan wanita dalam aturan ataupun syari'at islam. dan minggu ini merupakan thema yang tak kalah menariknya bagiku dari minggu lepas yang membahas tentang "ISTIKHARAH CINTA" yang akan di kongsikan setelah ini ^^', well, tajuk kajian kita hari ini yaitu tentang "WANITA YANG BERMUSAFIR".
 _______

Hadits Nabi Saw daripada shahih Bukhori dan Muslim daripada Ibnu Abbas :

لا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم
" Seseorang Perempuan tidak boleh bermusafir kecuali  beserta Mahromnya".

Hadith sahih telah melarangnya, seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad SAW:

لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ وَلَا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ فِي جَيْشِ كَذَا وَكَذَا وَامْرَأَتِي تُرِيدُ الْحَجَّ فَقَالَ اخْرُجْ مَعَهَا
 
Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi).
 
Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda:
“لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفرًا يكون ثلاثة أيام فصاعدًا إلا ومعها أبوها أو أخوها أو زوجها أو ابنها أو ذو محرم منه
Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. 
(di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)
 
Kedua-dua hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram. Ulama menyatakan pengharaman itu adalah mutlaq tanpa penentuan berjalan jauh atau pendek, sebentar atau lama, berseorangan atau secara berkumpulan dengan wanita tanpa mahram yang lain.  Akan tetapi, ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan. Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir berpegang kepada pendapat ini. Menurut mereka, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya. Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتَرَيْنَ الظَّعِيْنَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الْحِيْرَةَ حَتَّى تَطُوْفَ بِالْكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ
Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)
 
 lantas bagaimana dengan kondisi dizaman sekarang, dimana banyak wanita muslimah kita menyambung belajar hingga ke luar negeri seorang diri. menurut Ustadzah Khairiyah siang itu, zaman kini memang telah berganti, tetapi syari'at Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw harus tetap dijunjung tinggi. sekiranya kita sedang menempuh study di luar negeri, kadang-kadang memerlukan pelajar wanita keluar bermusafir tanpa mahram untuk pergi ke kelas, tempat pengajian, kursus-kursus dan seumpamanya. Sekiranya pelajar wanita itu menaiki pengangkutan awam, maka ianya dibenarkan sekiranya diketahui umum syarikat pengangkutan awam itu mempunyai kredibiliti terhadap jaminan keselamatan penumpangnya. Sekiranya perlu menaiki kenderaan atau berjalan kaki, maka dibenarkan juga dengan syarat memang diketahui umum bahawa perjalanan ke destinasinya itu adalah selamat daripada kekacauan dan fitnah, dan pelajar wanita itu juga bersungguh-sungguh mematuhi undang-undang keselamatan ketika dalam perjalanan, dan menmberitahukan perjalanan mereka kepada mahram mereka. 

> sebenarnya jika kita mencoba memahami dan mencari, banyak sangat hikmah dibalik apa yang telah di Syari'atkan oleh Allah swt dan Rasul saw kepada kita - Wanita Muslimah. bukan karena pengekangan terhadap hak-hak wanita, tetapi dengan tidak keluarnya wanita muslimah seorang diri ke luar rumah, maka fitnah tidak akan bermunculan. hal ini boleh menjamin kebahagiaan hubungan sesama manusia dan menjaga maru'ah (martabat) daripada wanita itu sendiri.

> saat ini India telah mengeluarkan fatwa mengenai wanita yang bermusafir : dimana mereka melarang perempuan bermusafir kecuali bersama mahromnya. 

> bermusafir yang diperbolehkan :
1. Musafir untuk mencari pengalaman dan kematangan hidup.
2. Musafir untuk menunaikan haji.
3. Musafir untuk jihad fii sabilillah.
4. Musafir untuk mencari rezeki atau menyambung kehidupan.
5. Musafir untuk menjalankan urusan perniagaan.
6. Musafir untuk menuntut ilmu dan menambahkan thaqafah.
7. Musafir untuk menziarahi sahabat semata-mata kerana Allah SWT.

> adab-adab wanita bermusafir :
Wanita Tidak Bermusafir Kecuali Ditemani Muhrimnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak halal bagi seorang wanitayang beriman kepada Allah dan hari akhirbermusafir selama sehari semalam kecuali disertai mahramnya." (Muttafaq 'alaih)

Ada Tujuan yang jelas dan Niat yang benar,  dalam bermusafir haruslah memiliki tujuan yang jelas kemana hendak pergi, dan setelah selesai urusan, maka segeralah lakukan urusan lain (jika masih ada), namun jika tidak ada urusan lain, maka segeralah kembali kerumah. Karena sebaik-baiknya tempat terbaik seorang wanita itu adalah di dalam rumahnya.
 
Menjaga Aurat dan menjaga Pandangan,  wanita disyari'atkan tetap menjaga aurat dan pandangannya dari sesuatu yang diharamkan baginya dan bagi orang lain untuk melihatnya.
 
Bermusafir Dengan Teman Yang Soleh.  Rasulullah s.a.w melarang bermusafir sendirian melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar yang bermaksud; "Sekiranya manusia mengetahui bahaya (musafir) sendirian seperti yang aku ketahui, nescaya tidak ada seorang pun yang berpergian pada malam hari sendirian." (Riwayat al - Bukhari)

Hendaklah Berteman tidak kurang daripada 3 orang. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seorang yang bermusafir adalah syaitan. Dua orang yang bermusafir ialah 2 syaitan. Tiga orang yang musafir ialah rombongan yang ideal (jauh dari syaitan)." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al- Tarmizi)

Malantik Seorang Ketua. Rasulullah s.a.w memerintahkan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud: "Jika 3 orang keluar dalam sebuah perjalanan, hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi pemimpin." (Riwayat Abu Daud)


  • Sentiasa mentaati pemimpin yang dilantik mengetuai rombongan selama mana tidak bercanggah dengan syariat.
  • Seorang pemimpin hendaklah bermusyawarah dengan orang.
  • Hendaklah seorang pemimpin berlemah lembut dengan anggota rombongan
  • Sunnah musafir pada hari Khamis
  • Membaca doa keluar rumah
  • Membaca doa menaiki kenderaan
  • Membaca doa bermusafir
  • Saling bekerjasama sesama anggota musafir
  • Istirahat di tengah perjalanan
  • Berdoa apabila singgah di suatu tempat
  • Berkumpul semasa singgah untuk beristirahat
  • Tidak mengambil tempat untuk beristirehat di tengah jalan
  • Menjadikan waktu musafir banayak dilakukan pada waktu malam
  • Memanfaatkan waktu dengan berzikir dan melaksanakan ketaatan
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat

Wallahu ‘alam bi sawab.

> kawan muslimahku nun sholehah, mari kita sama-sama saling mengingatkan. tulisan ini dibuat untuk berkongsi ilmu dan saling ingat-mengingatkan dalam kebaikan. semoga perjalanan-perjalanan jasmani dan rohani kita mendapatkan redho daripada Allah SWT. aamiin.


 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar