Bismillah
Assalmu'alaikum Warohmatullah..
Alhamdulillah, Halaqoh hari ini terasa sangat berbeda.. selama kurang lebih 3 jam kami semua membahas tentang dimensi Medis Sujud, keajaiban Sholat, Kisah Inspiratif pertolongan Allah dibalik sholat, hingga KEMATIAN..
dan materi terakhir inilah sebagai penyempurnanya. entah aku tak mampu menggambarkan perasaanku saat itu. aku ingin duduk lebih lama mendengarkan banyak lagi kisah-kisah tentang akhir hidup Khusnul maupun Su'ul Khotimah..
Lahaula walaa quwwata illabillah..
cerita ini merupakan cerita dari Murobbiyah kami, Semoga jadi pelajaran buat kita semua....
Bismillahir-Rah maanir-Rahim ...
Kisah ini diceritakan oleh seorang
ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih
kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku
Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang
sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan
gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga
bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan
berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka
jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya
tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin
hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu
dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat
suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika
itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi
hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk
termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan
timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah
pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan
muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya
dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi
pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di
bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan
tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan
memakai baju kurung.
Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak
saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi
saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga
wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain
penutup wajahnya
"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya
saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah
betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita
itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain
penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita
itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai
wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak
mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan
tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan
sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu
uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil
mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan
taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat
sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah
sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi
"apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia
mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke
kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya
bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak
cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu
memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa
yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja
ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri
untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran
yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah
semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan
harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu
tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor
telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi
saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan
orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya
lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik
tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu
menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.
Saya
ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya,
tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz
katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal
lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan
lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?
Walau
siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah
'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya
telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar
hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih
segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis
nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang
satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000
tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat
bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak
putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan
akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi
orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..
Wallahu’alam bishshawab, ..
___
"dan orang-orang yang melalaikan sholatnya
maka akan ditarik cahaya keimanan dari wajahnya"
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “(Pembeda)antara
seseorang dan kekufuran adalah meninggalkan shalat.” (HR Muslim)
“Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya.
Kecuali golongan kanan. Berada di dalam surga, mereka tanya menanya.
Tentang (keadaan) orang-orang yang berdosa. ‘Apakah yang memasukkan kamu
ke dalam (neraka) Saqar? Mereka menjawab, ‘Kami dahulu tidak termasuk
orang-orang yang mengerjakan shalat. Dan kami tidak (pula) memberi makan
orang miskin. Dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama
orang-orang yang membicarakannya.” (Al-Muddatstsir: 38-45)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar